16.12.11

Barang baru



p/s : tapi gua rasa macam design blah penumpang tu yg kena tukar belah driver.LOL

12.12.11

Berair

Sejak kebelakangan ini aku selalu berair. Ya, berair. Maksud aku hidung aku berair, selsema. Dah lama juga tak makan ubat selsema yang sebutir berharga RM 2.00 itu. Mahal benar. Maklumlah sekarang ni musim berair, hujan maksudnya. Memang sejuk. Nasib baik belah selatan tempat aku duduk tak di landa banjir.

Sila tengok adik-adik tu musim banjir ni. Jangan nak lepa je biar dia orang main hujan bagai. Bahaya tahu. Kot-kot hanyut ke,lemas ke, ada ular air ke, terpijak paku je. Lagi satu, pakai la sliper ke kasut ke kalau lalu dalam lecah/lopak air. Lindung kaki tu. Kaki tu bukan kah penting bagi seorang lelaki. Pesanan keselamatan tak berbayar dari aku, reti?

Ehsan google

11.12.11

Loser

Apa benda yang akan buat kau orang semua rasa down?Kena marah dengan bos?Bini tak masak nasik time kau orang balik keje?Gaji lambat masuk ujung bulan?Exam minggu depan sedangkan family kau orang pergi bercuti ke Cameron Highland ke, Perhentian ke?Gigi geraham bongsu tumbuh dan bengkak dah 4 hari? Hah, KAU SILAP.

Tu semua tak cukup down lagi. "Dah apa yang paling down?Kau jangan macam-macam Amran." Keluh Julia tidak bersetuju dengan Amran. Kahkah. Macam penulis novel tak? Bukan pasal Amran yang aku nak cerita. Apa yang paling down? Hah, tak lain tak bukan kena block kat FB. Kalau setakat unfriend/remove ok lagi, tapi kalau dah sampai block tu fikir sendiri la.

Kepada anda yang nak clean kan friend list kau orang dalam FB tu, remove sudah. Tak payah la sampai block, orang tu paham kot.

p/s : Kisah benar kawan kepada Amran. Di ulang, kawan kepada Amran.

Terima kasih kerana membaca.

8.12.11

Permata untuk isteri



Ingat aku nak nyanyi lagu koperatasa? Kau Silap la. Ingat aku nak buat puisi syair bagai? Makan tahun la. Ingat aku nak beli cincin diamond? Lambat lagi. Aku tak kaya, aku tak de la berupa mana pun. Tapi aku ada kasih sayang, yang aku nak beri dan kongsi bersama kau. Terima kasih melengkapkan diri aku yang serba kekurangan.

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kat minah ni dan minah ni kerana sudi hadir tempoh hari. Aku sangat terharu yang tidak mengalirkan airmata. Kain itu sangat disukai oleh aku dan dia. Seorang sahabat aku hilang, tapi aku dapat ganti 2 sahabat baru. Terima kasih.

Yang Ikhlas,
Amran (bukan nama sebenar)

24.11.11

10 Fakta perlawanan Bola Sepak Akhir Sukan Sea 2011

  1. Stokin Titus Bonai adalah longgar sehingga menyebabkan shin pad beliau asik melorot lalu kaki itu menjadi sasaran pemain malaysia.
  2. Okto bukan membayar nazar dengan membotakkan kepala beliau kerana masuk final kerana beliau bukan seorang muslim.
  3. Pengadil perlawanan memang sengaja tidak bagi penalti kepada Ferdinand Sri Naga ketika dijatuhkan dalam kotak penalti kerana beliau dah dapat agak kalau bagi penalti pon sepak mcm kayu tak masuk.
  4. Sepakan penalti oleh Fakri Saarani hanya bergerak selaju 2okm/j.
  5. Tahap reflex Apex (Mcm pantun 2 kerat lak) ketika penalti dah mcm Iker Casillas dah sikit-sikit(tak kenal leh google).
  6. Thamil,Yong dan Fakri menpunyai kelajuan...kau silap, kelembapan larian yang hampir sama.
  7. Ong Kim Swee masah perlukan khidmat Fakri. Dia kata budak ni membantu semasa bertahan. Kalau bagus bertahan, jadik defend bukan striker!
  8. Muka Fakri Saarani ni fua tgk ada iras-iras botak Juvana pon ade. Tapi versi lembab la.
  9. Titus seorang je yang bersikap sportsmanship dikalangan puluhan ribu rakyat indonesia pada malam itu.cayalah!
  10. Kawan gua cadangkan agar Barracuda yang digunakan oleh pemain malaysia utk masuk dan keluar stadium dia gunakan oleh Fakri Saarani semasa tiba di airport tempoh hari.gua stuju!FUUUUUUUUUUu
Tiba-tiba rasa nak tukar tajuk kepada Fakta menarik tentang Fakri Saarani...huh!!!!

21.11.11

Panjannnnnnnnnnnnnnnnnnggg

Fuh....banyak gak sawang kat sini. Nama pon laman sesawang,mmg la ada sawang iye dak?
Tak payah nak cerita banyak la, malam ni kita sama-sama la menadah kedua tangan kita dan berdoa agar pasukan Harimau Muda kita bermain bola sepak sebenar, bukan baling selipar mahupon konda kondi. Walaupon aku tau player Indon tu power-power sebenarnya, aku harap player kita boleh mengkepala banakan player indon dihadapan penonton-penonton kepala bana diindon (sedikit emo disitu). Mahu tidaknyer, lagu Negaraku main je diaorang macam monyet.

Bukan itu yang aku nak cerita sebenarnya. Blog aku ni akan lama bersawang beberapa minggu ni. Jangan pelik lak. Ada urusan rasmi yang perlu ditunaikan.hakhak.


11.11.11

Cantekkkkkkkkkkkk

11.11.11. Tarikh mmg cantek kan. Ramai berebut-rebut nak menikah tarikh ni. Apehal. Relek-relek sudah. Macam aku, tak sebok-sebok pon.Cool je. Tapi kau tunggu la 2 minggu lagi. Tengok kau cool tak cool la. Jangan sampai terejun sungai sudah. Itu buat malu kerabat.

Yang kawin hari ni, tahniah lah dari aku. kau bila lagi?kau silap!

p/s : post ni gua tujukan untuk aleen aiden yang marah tu.huh.

5.11.11

Tips memasak berguna



hah... pasni kamu semua tak payah nak sedih-sedih lagi. Tapi kalau orang buat kenduri kawen, mereka-mereka yang datang rewang tu, sempat la pulak nak buat cam ni. sudahnya masak tak pakai bawang la jawabnya.

p/s : gua dedikasikan tips berguna ni untuk lu, ezan, tikah, dan penulis novel terkenal tu.

Selamat Hari Raya Aidiladha dan Terima kasih membaca

2.11.11

24.10.11

Satu markah pon penting

Dulu mak aku memang selalu berpesan, masa exam buat betul-betul.jangan bazir markah. kalau kita dapat markah 79 pon,kita tetap dapat B walaupon kawan kita lebih satu markah dari kita, 80.

Semalam benda ni menjadi pemisah antara juara dunia baru rugbi, All Black. Tahniah, Juara dengan kelebihan 1 mata.

Kapa O Pango

18.10.11

Serius Comel

alololololo

16.10.11

FUHHHHhhhhhhHHHhhh........

Perghhh...... dah berhabok habis blog gua ni. macam tak bertuan. Sori la geng. gua tengah busy gila sekarang. Maklum la, gua bukan kt Malaysia sekarang.Petang ni gua ada game. Lu orang doakan gua k. Jumpa lu org kul 4 ni .


Cilakak, mamat depan tu blok muka gua.

12.9.11

Masing-masing la beb

Aku tak kira lambat ke cepat. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin kepada semua (walaupon gua tau berapa org je yang baca blog sengkek ni). Cerita pasal raya ni, memang 2 keturunan tak abis. Macam-macam nak cerita, tu yang keluar kuih bertelap-telap.

Tapi simple je sebenarnya, pengertian Hari Raya ni berbeza ikut individu. Ada yang nak seba serbi baru. Kereta, rumah, baju, langsir, kasut sampai ke sepende pon nak baru. Ade ke. Chet! Bagi aku tahun ni bukan macam TV3 la, "Disambut meriah,tetapi sederhana" tiap-tiap tahun. Aku, tahun ni memang cukup berjimat cermat. Tapi tidak bererti aku kedekut, cuma budjet aku dilebihkan kepada perkongsian rezeki dengan orang lain a.k.a duit raya. Untuk diri sendiri, memang macam 6-7 tahun yang lepas,konsep recycle baju melayu masih menjadi pilihan aku tahun ni. Cuma tahun ni ada sedikit berbeza sedikit dengan tahun-tahun lepas.

Tang rambut. Rasa macam beraya kat Korea pulak rasanya tahun ni. Apehal?

Terima kasih sudi baca dan singgah sambil makan kueh raya.

4.9.11

Memori daun pisang

ingatan ni bukan mcm hard disk.

Nak buang, delete.
Nak simpan, save.
Nak besar, beli seketul lagi.
Nak hilang semua, kasi format.
Corrupt, ganti baru.

Ingatan ini mcm ape ek?

Bila nak buang, makin ingat.
Bila nak simpan, lupa gak kadang-kadang.
Bila nak besar, mana boleh!
Bila nak hilang semua ingatan, lagi la tak boleh.tahu!!
Bila dah corrupt, masuk Tanjung Rambutan.


TERIMA KASIH SUDI SINGGAH DAN BACA



29.8.11

Kalau la aku....

kalau la aku kaya.... aku buat majlis berbuka puasa besar-besaran dengan anak yatim
Kalau la aku kaya.... aku buat surau baru untuk orang kampung
kalau la aku kaya..... aku bagi duit raya sorang seratus kat semua sedara-sedara
kalau la aku kaya..... aku beli mercun merdeka banyak-banyak bagi budak-budak main puas-puas
kalau la aku kaya..... aku beli baju raya kat makcik-makcik sorang sepasang
kalau la aku kaya..... aku dah angkat MPV baru raya ni...
kalau la aku kaya..... apa lagi eh.....

Itu kalau aku kaya la, masalahnya sekarang aku lum kaya.
Korang doakan aku kaya la, So sekarang aku ucap SELAMAT HARI RAYA jela ya.......

amacam pantun 2 kerat gua?kahkahkah.

Salam Perantau ikhlas dari kejauhan, Kampung Portugis.

26.8.11

Ternyata artis Malaysia ramai yang sombong

Nak dipendekkan cerita, gua malam tadi lepak kat shopping komplek sambil ponteng terawih berjemaah. Sambil gua ushar-ushar baju beserta awek-awek, gua terserempak dengan siapa lu tau? Dengan Amy Search beb! Gua ni da la true fan Amy dan Rabbani. Nyata amy sebenarnya dah tua dah berdasarkan rambut putih kat kepala dia. Gua pon teriak la panggil dia,

"Amy, lu mmg rock la beb!"

Amy terus blah menonong sebelah mata pon tak pandang gua. Gua terkilan. Walaupon gua cakap dalam hati tapi at least dia senyum pon da kira ok la ape..... artis malaysia kena belajar hargai peminat. Apa pon, gua caya sama amy sebab jalan sorang-sorang tak bawak pelindung badan (body guard).PeeeeWiiiTTT..

24.8.11

Jangan salahkan anak yang nakal

Budak sekarang memang lain macam sikit. Tak macam zaman kita muda-muda dulu. Diorang ni kira dah advance la. Tapi kadang-kadang ada yang melampau sangat. Tak dengar cakap mak bapak. So salah sape semua tu?Salah salah diorang? Kau silap!!!


Apa yang korang espek kat budak-budak terejal tu nak dengan cakap mak bapak diorang kalau hari-hari tengok tarzan separuh bogel dalam hutan, cinderella balik rumah pukul 12 tengah malam, pinokio asik menipu setiap masa, Aladin jadi ketua perompak, batman bawak kete 200km/j, Sleeping beauty asik tdo je 24jam, Superman pakai suar dalam kat luar, dan Snow White tinggal serumah dengan 7 orang lelaki pendek!


Salah sapa semua tu? So kita tak perlu teperanjat dengan perangai anak muda sekarang ni.ok!


credit to ZamZarina

23.8.11

Pilihan isteri di tangan anda

Nak pandai = cari isteri cikgu

Nak sihat = cari isteri doktor

Nak kaya = cari isteri anak tan sri

Nak glamor = cari isteri artis

Nak gaduh = cari isteri samseng

Nak sembang = cari isteri penceramah

Nak alim = cari isteri ustazah

Nak gemuk = cari isteri chef

Nak stylo = cari isteri kaki shopping

Nak MAMPOS = cari isteri muda yang satu opis dengan isteri tua.


SEKIAN

19.8.11

Mencari kenalan lama

Aku sedang mencari kenalan lama yang memang dah lama berpisah dan lost contact. Berikut adalah butirannya:

Nama : tak ingat
I/C : tak tahu
No. Surat beranak : tak tahu
Jantina : Perempuan
Umur : 26 tahun
Sekolah Rendah : SKPJ 1
Kelas : 2 Delima
Kedudukan di kelas : duduk sebelah HISAM HASHIM
Sekolah Menengah : tak tahu
Hobi : suka main rambut HISAM HASHIM masa cikgu mengajar
Pakaian : baju kurung, tapi free hair
Perwatakan : baik, lemah lembut, suara halus dan mendayu-dayu,senyuman menawan, comel dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ini atau mengenali mereka yang sama dengan ciri-ciri diatas, sila hubungi aku dengan segera. Aku nak hapuskan bayangan yang menghantui aku selama ini. Mukanya masih jelas kat ingatan aku. Tapi malang, aku tak reti melukis. Kalau kau orang ingat muka dia biasa-biasa aje, KAU SILAP! Hati aku berat mengatakan dia iras-iras Juliana Evans sekarang.

SEKIAN


12.8.11

Tazkirah Ramadan Hari Jumaat

kalau kita susah, ada orang lagi susah. Syukur la kalau kita dilahirkan sempurna.


11.8.11

Rezeki yang diberi oleh ALLAH

Soalan: apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa ?
Jawapan: sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada allah. Sabda rasulullah bermaksud: “sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh allah kepadanya."

Alhamdulillah...rezeki ALLAH...tahu dop?

Nak tahu banyak lagi soal jawab tentang puasa...sila klik di sini.

TERIMA KASIH EN SYAZWAN

sekian

7.8.11

Cara mudah untuk mencari jodoh



Amacam kamu semua. Ada berani? Try la tengok boleh pegi tak boleh pegi. Test market la org kata. LOL

3.8.11

*Rabu tanpa kataku*



2.8.11

Dek kerana naget seketul

Pagi itu, aku datang kerja tidak seperti biasa. Maksud aku, lebih awal dari biasa. Sebagai seorang pekerja yang perlu menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain,aku gagahkan diri datang awal (padahal semalam dah kena sound dengan gua punya projek manager datang lambat briefing. damm!)

Selepas selesai short meeting pagi, aku bergeges kemeja penyelia aku yang aku rasa paling cooolll yang pernah gua jumpa. Biar aku namakan dia sebagai Abg F. Setelah kurang lebih berbincang dengan serius perihal kerja yang tak akan pernah habis, dia dengan baik hati membuka tapaware bekalan isterinya. lalu menghulur kepada aku untuk dijamah. "Wah, naget tempura.febret gua tu". Dengus aku didalam hati. Tanpa berfikir panjang, aku terus capai memandangkan kalau aku tak capai sekarang akan habis jua dibelasah rakan-rakan yang lain. Perlahan-lahan ku kunyah secebis demi secebis. "Sedap pulak,moh rembat seketul lagi pon cantek ni". Namun kali ini aku tidak ikutkan kata hati ku lagi. Lantas terus duduk ditempatku menghabiskan cebisan-cebisan naget yang terselit dicelahan gigi ku. Tiba-tiba aku tersentak dari lamunan.....




CILAKAK, gua kan puasa sunat hari ni!!!


Aku membiarkan terus hari ku itu berlalu dengan niat berpuasa sunat. Harap diterima oleh-NYA ....Amin.


SEKIAN.

25.7.11

Manusia paling pemurah

Dalam dunia yang serba moden dan futuristik sekarang ni aku rasa mmg susah nak jumpa orang yang baik hati dan pemurah. Ramai orang sekarang yang dah tak ada nilai tu lagi. Semua mementingkan duit,kedekut,haji bakhil, dan seperti dengannya. Derma time bila kau orang tau?time bulan ramadhan,raya bila ada Melodi, FuHHH, dan NTV 7 buat coverage dan ada replika cek besar-besar gajah tu.Ikhlas tu dah jadi nombor 2 dah.


Dasar hipokirit dan hipothalamus.


Satu hari, datang En yusoff ke Office aku, cari seseorang katanya. Dah tu, kebetulan aku ada berpura-pura busy didepan PC. Dengan penuh serius dia menyapa.


"Datang bilik aku, amik duit RM 10 nnt"


Aku pelik, "Apahal lak?"

"Buat potong rambut ko tu,kesian aku tengok."


Damn. Ini trend anak muda sekarang ok. Aku K-POP ok!!




p/s :Tapi di lingkungan kehidupan aku ni, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan

22.7.11

Tempat baru

Alat tradisional untuk memerah santan

Minggu ini dan minggu lepas adalah kucar-kacir bagi aku. Mana tidaknya, aku bertungkus-lumus buat persiapan untuk tempat kerja baru aku. Maksud aku, projek baru. Tempat kerja lama still lagi. Persiapan 'First Cut'. Apasal gambar TAPIS? Projek baru aku bukan tapis kelapa mahupon teh ok. Ini projek gempak punya. Tapi nama dia memang buruk sikit....TAPIS. Jangan nak kerut-kerut dahi. Apsal TAPIS, bukan senduk ke,garpu ke,sudip ke, mangkuk tingkat ke, lesung batu ke.......korang jangan tanya aku. Aku tak ada jawapannya. Yang pasti ini projek negara,untuk kelestarian sumber bahan api negara kita...Malaysia.Fuuuuuuu.....lestari tau. reti?



Gambar hiasan, mereka tiada sangkut paut dengan projek aku

16.7.11

Kawe Blogger baru belajar Negeri JOHOR

pihak penganjur...




Gua Hisam Hashim (nama agak berirama bukan?)


Gua penduduk tetap JB


Tempat makan yang best kat sini banyak. Senibong, Rahmat Kg Pasir Puteh, Chiken Chop ROO Cafe.....


Gua ex student UPM, KMR dan Kolej 17.


Gua rajin belek2 blog budak ni dan budak ni jugak. mereka coollllll.....dan comel jugak.hakhak..


Jangan percaya sangat SUPERHERO

Dah memang lumrah alam. Makhluk memang tak sempurna. Kuat mana pun kau, mesti ada sesuatu yang buat kau lemah. Kalau tak ada gak, mungkin belum jumpa lagi. Superhero sendiri pon tak sempurna. Ada kelemahan masing-masing.



1) Superman






kryptonite








2) Wolverin






Magnet








3) Cicakman






getah








4) HISAM HASHIM






pain killer....




Akibat & hasilnya.... klik di sini untuk maklumat lanjut. damn!





SEKIAN....

13.7.11

Erti "BERSIH" bagi aku dan kawan-kawan

Kami tak pakai baju kuning. Kami pakai baju oren. Kami hanya menurut perintah pihak atasan. Ya.....kami diberi ganjaran. Sekotak air,sebotol mineral dan beberapa jenis kuih. Kami lakukan semua ini untuk kebaikan semua. Kami bukan nak mintak apa-apa. Kami cuma nak "BERSIH"kan apa yang "KOTOR" selama ini. Kami tak nak hidup kami dibelenggu oleh ke"KOTOR"an angkara orang terdahulu. 2jam kami berhimpun bersama-sama menjayakan misi kami. Dan kami dapat tuntut apa yang kami mahu.


Harap pihak yang membiayai kami berpuas hati dengan PERHIMPUNAN dan tindakan kami hari ini.


p/s : muka mintak pelempang.jangan cuba dikedai makan. Gua BERSIH, Gua OK!

9.7.11

Lelaki macho yang FAIL

Gua memang macho.Gua memang tough. Gua ahli sukan. Macam-macam sukan gua main. Itu fakta. Tapi tak kan hanya sebab gua tengok ANNISSA satu episod je, tu pon sebab mak gua bising-bising gua ubah channel tv lu orang nak ckp gua tak macho.


Gua nak tegaskan dalam hal ni gua tak bersalah walaupon gua rasa layan jugak tengok cerita suami tipu isteri dan kawen satu lagi tapi dengan sahabat baik bini dia sendiri. CHOIIIIII....

5.7.11

Definisi Wanita Muslimah Yang Seksi

Ya.... aku tau aku dah kalah sebab tidur awal mlm tadi. Fine. Tapi untuk tidak menghampakan wanita-wanita diluar sana, aku reveal la jugak rahsia-rahsia yang tak ada langsung dalam buku PERMATA YANG HILANG. Ezan Idma, harap jawapan ini menepati soalan kamu.

Ni dia. Perempuan akan kelihatan seksi tanpa memdedahkan auratnya jika, dan tidak terhad kepada :

1. Suara yang lembut dan rendah tone nya. (bukan dibuat2, paham? Itu mintak pelempang namanya)
2. Berjogging kat taman bunga depan umah aku petang-petang. Kalau setakat jalan-jalan dengan geng ramai2 gelak-gelak,maaf anda tak cool ok!
3. Gaya tudung yang atas-kepada-tarikh. Shawl yang jurai-jurai tu memang perghhh. Sila dapat kan di toko-toko pilihan. (gua promote kedai lu ni Ezan?)
4. Lirikan mata. Yang ini, gua berminat kepada mereka yang pakai celak yang tidak terlaluan. Jelingan itu akan buat gua tanpa sedar berada 3 inci dari tanah.
5. Anda juga kelihatan seksi sekiranya anda ahli dalam sukan.tak kira apa la, badminton (jarang la jumpa yang boleh smash), SPRINTER...ke(membe tutup aurat tapi champion 100 meter ok)
6. Extra marks untuk mereka yang berlesung pipit......FUUUUUUUUUUUU......sangat seksi.

Gambar hiasan saja, bukan awek gua.

So anda ada yang nombor berapa?


Peribahasa

Kenduri. Ya...kenduri. Terlalu signifikan dengan makan. Ada kenduri,ada makan dan perut kenyang. Kombinasi kombo yang menarik. Asal ada kenduri,mesti ada aku. Itu juga signifikan. Aku sanggup berlapar dahulu dan bersenang dan makan kemudian kalau hari ni ada kenduri. Bila sampai acara kemuncaknya, aku meletakkan perasaan segan aku ke tepi tangga dan terus menjamah makanan yang dihidang (jamah ke?).


Kadang-kala, aku agak sedikit terlambat bangun untuk mengambil makanan. Maklumlah, hormat orang yang lebih tua. Kena respect, paham? Kalau tak jamah, berkecil hati pulak tuan rumah nanti. Tapi bila dah lambat aku mula upacara, comfirm la abis pun lambat kan?itu rumus matematiknya. Semua orang dah abis makan. Tinggal aku sorang rasanya yang masih terkulat-kulat habiskan makanan.Tiba-tiba satu suara garau aku tak pasti entah dari mana datangnya, aku tak pasti :

"Dah la tu. HUJAN pun tahu berenti la"

Tak sampai habis lagi ayat tu, aku dah abis basuh tangan.


4.7.11

Ceritera Padang Pasir

Cerita ini diriwayat kan oleh Pak Tam Aku. Kisah ini aku rasa ramai orang pernah dengar.

******

Kisah sebuah keluarga, seorang anak kecil,seorang ayah yang sudah tua dan seekor keldai yang keding. Mereka hidup mengembara (gua tau la..nomad namanya kan). Mereka bergerak dari satu kampung ke satu desa, berniaga katanya (Jangan tanya aku dia meniaga apa). Oleh kerana mereka ada keldai, ayahnya menyuruh anaknya yang kecil (anggaran dalam darjah satu la) untuk menaiki keldai tu.

Setelah jauh berjalan,tiba la kat kampung pertama. Mereka lalu disebuah pasar dan terdengar orang berkata :

"Apalah punya anak! tak kesian ke kat ayah dia tu berjalan.Dah la tua bongkok pulak tu. Sepatutnya bagi la ayah dia yang tunggang keldai tu"

******

Setelah puas dikampung pertama, mereka teruskan perjalanan lagi. Tapi kali ini anak dia bagi ayah dia pulak naik keldai tu. Dan sampai lak mereka kat kampung kedua. Kebetulan mereka lalu disebuah kedai makan yang ramai orang. Mereka pun terdengar orang berbisik-bisik :

"Tak guna punya ayah, kenapalah biar anak kecil tu berjalan. Dia senang lenang duduk atas keldai"

******

Habis berniaga kat kampung tu, mereka berjalan lagi. Kali ni lain pulak, lepas dengar komen-komen dari penduduk 2 kampung tu. Sekarang kedua-duanya naik keldai mereka. Agak-agak dalam 10km berjalan, sampai kat kampung seterusnya. Mereka nak pergi ke pasar, lalu pulak kat sekumpulan mak cik yang sedang berborak. Kali ini lain pulak yang mereka dengar :

"Apa lah anak beranak ni. Kesian keldai tu. dah la kurus, bawak dua orang pulak. Gigil-gigil aku tengok keldai tu"

******

Mereka berjalan lagi, dan kali ini tindakan mereka yang paling terbaik lepas komen-komen orang sebelum ini. Kedua-duanya tak menaiki keldai tu, tapi berjalan. Tiba dikampung terakhir, mereka kecewa juga sebab dengar pulak orang cakap :

"Bodoh punya orang!Ada keldai tak naik, berjalan pulak"

******

Kesimpulan :
-Tak dapat puaskan hati semua orang.
-Orang taka akan berhenti berkata.
-Pandangan orang kena terima gak,tapi kena tapis la.
-ADA LAGI?



29.6.11

Bila lagi kan??

Malam ni kalau korang tak tau apa even besar yang ada, korang memang tak true. Malam ni team bola kita akan lawan dengan Taiwan. Menurut catatan diatas kertas, Rang-king Taiwan berada dibawah berbanding team kita. Tapi aku nak bagi nasihat pada Dato' Go, hangpa semua kena main seperti biasa dan jangan overconfident dengan taiwan. Aku rasa player & Uncle Go pon sedar dan tahu hal ni.



Aku nk ucap Good Luck kat semua player kita. Kalau hangpa menang, kami bersyukur dan berterima kasih kepada hangpa semua. Tapi kalau hangpa kalah, tak pa...kami masih menyokong hangpa yang penting hangpa main betul-betul dan cantek. Tapi aku lebih prefer hangpa menang sebab main kat sini.


Pek,gua tak tau lu turun ke tak malam ni. Tapi kalau lu turun, gua harap lu Fit dan power malam ni. Lu antara tonggak yang penting selain Sapi, Idlan, dan lain-lain.


Tak nak cerita banyak, gua nk salin jersi dah ni. Nak ngadap Astro ARENA!

27.6.11

Bisikan maut memanggil

Gua ondeway pergi kerja hari ni. Masa kat simpang tiga gua berenti la. Berderet-deret kereta lalu lalang. Kalau tak reti berenti jugak, tu bukan minta penampar. Tu kira mintak patah rusuk jawabnya. Sedang tumpuan gua memang ke arah jalan raya 100 per 100, tiba-tiba gua seakan-akan dengan bisikan halus kat telinga kiri gua. Berderau jugak la darah gua. Apa hal pulak ni. Cepat-cepat gua toleh kiri.


Kaaakkkkk!!!~~~~~~~Gua sigong side mirror.


"Cilakak! Lu benda lain lu boleh gurau. Benda macam ni serious lu tau tak."


Gua terus pulas minyak blah tinggalkan member gua. Lemah semangat gua pagi ni. Gua ingat macam dah nak mati tadi.Sakaratulmaut. Gua belum kawin la!!!


26.6.11

Cara nak nampak cool wooooo

Bosan dengan hidup? Kengkawan sembang korang ni skema?tak ramai kawan? Sini aku ada sedikit tips nak share untuk korang.


1. Berani mencuba - try la fesyen-fesyen baru yang ada or yang tengah hot sekarang or masih diterima akal.Macam K-pop, hip-hop ke, gothic ke (tapi jgn melampau). Takde la bila kuar dengan kengkawan asyik pakai t-shirt plain je dengan jeans.


2. Jangan over - ini penting! bila nak try benda baru tu jangan la over bagai. Rilek-rilek aja dulu. Try satu dua benda dulu, match kan baju dengan seluar. Then try lak gaya rambut ke pastu. Kalau semua buat lump sum, kot-kot tak kena ke kan dah kes niaya. Cool pon dak dapat, maki yang berbakul-bakul dapat.


3. Perfume - kalau ada modal, beli la lebih dari satu perfume. Takla hari-hari asyik pakai perfume sama aja. Bukan kena yang mahal-mahal aja, yang ala-ala kadar pon ok.Janji ada la lain sikit sebab bau perfume ni memang akan berupaya ubah mood kita.







4. Peluh - Bukan tu maksud aku. Aku bukan nak cakap peluh tu buat korang nampak cool. Peluh tu maksudnya bersenam. Badan kita kena la fit beb. Bukan kena sampai berpek-pek,cukup la yg otot korang tu pejal terutama bahagian perut. Bila benda ni korang da dapat, setakat pasal dress-up tu korang dah win dah. Apa pon yang korang pakai akan nampak cantek dan cool wooo..


5. Air Liur - Rajin-rajin la tegur dan bersembang dengan orang walaupon orang tu baru korang kenal 2-3 minit je. Kehebatan PR korang dalam hal ini akan menyerlahkan ke'cool'lan korang dimata orang lain. Itu baru cite orang yang tak dikenali. Yang dah kenal lak apa tah lagi. Tak salah kalau sembang berejam-rejam dengan member berkaitan hobi,isu semasa tapi yang penting bukan time korang nk hantar paperwork, assignment dan apa-apa yang setara.


6. Make over - Ini golongan perempuan la. Try la buat make over yang biasanya ada kat kompleks-kompleks beli-belah sebab nak promote barang-barang diorang. Mana la tau korang jumpa Juliana Evans ke dalam diri korang. Cair hati abang-abang yang lalu lalang.

7. Elakkan KETIBA - apa ketiba?itu istilah potongan untuk ketiak basah / bau. So setiap kali bersiap-siap benda ini yang pertama kena ingat. Sila pakai deodorant aka odorono supaya tidak la kawan-kawan duduk sebatu atau pakai topeng jerebu.

Mungkin banyak lagi cara untuk buat korang nampak cool. Tapi semua yang aku sembang kat atas ni tidak akan menjadi kalau digayakan perangai yang tidak semenggah aka teruk. So, sila tukar perangai buruk dulu untuk nampak cool!

21.6.11

Cikgu Jamal

Entah kenapa masa tu alih-alih aku teringat cikgu Jamal. Ya...cikgu Jamal, cikgu matematik sekolah menengah aku dulu. Aku ingat cara dia mengajar aku dengan lawak-lawak edukasi nya. Terdetik hati aku dimana dia sekarang?Apa cerita sekarang?mengajar kat mana?


******************

2 bulan lepas tu,

Hari itu, aku jalan-jalan kat Jusco. Macam anak-anak muda yang lain, berjalan tanpa arah tujuan. Masa nak balik, betul-betul dipintu luar Jusco ada seorang lelaki berdiri teguh sambil menghisap rokok. Gayanya macam sedang tunggu bini yang belum habis-habis membeli belah. Sekilas pandang, ini cikgu Jamal.Ya.... hurmmm. nak tegur kang takot salah orang. malu lak nanti. tak tegur kang dikatakan sombong pulak. dia pandang aku, aku pandang dia. niat aku utk menegornye terbatal kerana ada orang yang sedang menunggu aku.


****************

2 minggu lepas tu,

Trutttttt......truttttttt.........sms dari kawan sekolah aku, Azmah.

- Cikgu Jamal telah kembali ke Rahmatullah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya-

DAMMMM.....kenapa aku tak tegur dia aritu???


p/s: kejadian yang hampir sama dengan Cik Ezan Idma.

17.6.11

Siapa Taiko Sekarang?

Keluar jel, orang pick-up. Sembahyang tahyat akhir lebih kurang.Balik rumah jap mang 5 sepuluh minit. Jalan-jalan, kereta geng meletop.

Panas hati.

Pukul tang sana, pukul tang sini. Rodok perut tang sana, terajang terbang tang sini. Tembak tang sana, mati tang sini. Pung pang pung pang. Last-last pailang-pailang semua mampos, kene tangkap masuk jel balik.

TAMAT...

Siapa lagi besar sekarang?POLIS jugak kan!!!

p/s : Abang Long Dil memang power.

7.6.11

Goncang Kelapa

Biasanya orang kata kalau benda-benda yang kita tak plan ni akan end-up dengan awesome. Kali ini aku setuju dengan kata-kata orang. Mula-mula setuju nak pergi tempat lain, jadi-jadi lencong ke arah lain. Takpa, kali ini aku puas. 2 bulan lepas Cik Yoyo ada sembang pasal benda ni. Katanya tengah musim & trendy sekarang ni. Aku sebagai orang tempatan di situ terasa tergugat sebab tak tau kewujudan benda tu. Tapi bila dia tanya je kat mana benda tu, aku buat macam tektik yang mak long aku ajar...buat Cool aje.

Gua rimas tgk org beratur pnjg2, gua singgah la jenguk


Seat mmg jgn tanya la,takde!


Ni la benda yang trendy skrg tu!

Aku yakin, benda ni boleh jadi benda wajib beli bila lepak-lepak kat Melaka selain A Famosa dan Duck Tour yang kawan-kawan aku naik tempoh hari (gua tak terlibat). Rasa dia.... preghhh... awesome!!! Aku rekomen semua try time panas-panas. Dan aku pun akan pegi lagi kalau balik kampung nanti (tunggu raya la jawabnya). Dua jari ibu ke atas!!!

Sila try untuk maklumat lanjut

p/s : Gua dah pesan dengan Ita, gua nk dua. Dia kata try dulu,takut tak leh pegi. Dengan dia punya dia punya gua belasah. Klebang Coconut Shake...terbaek...


1.6.11

Badminton

Kalau setakat bila ada tournament kat tempat kerja baru korang main badminton, itu tak true namanya. Player badminton sejati adalah orang yang main tiap-tiap minggu tanpa miss. baru skill permainan badminton boleh di asah dengan baik dan konsisten. Kurang-kurang kalau tak terror macam Lin Dan, dapat macam Chong Wei pon ok sangat dah.

Sebagai pemain badminton yang true, kita perlu tau peralatan yang kita pakai terutama raket. Benda ni akan jadi penting sekiranya tahap kemahiran kita semakin meningkat. Tapi kalau pukul bola pun 10 kali sepuk 8 kali tak kena, tak jadi apa juga. Raket ni ada macam jenis. Ada yang ringan,ada yang berat. Ada juga yang berat kat kepala dia, itu untuk sedap smash. Perghhh..ini yg best bagi mereka yang smashnya menjunam,bukan mendatar sampai keluar court. Tapi bukan tu je, ada macam-macam jenis lagi.

Ni aku nak share sikit info pasal raket yang aku yakin ramai yang tak berapa arif.

Specifications:

Options:

Stiffness of Shaft

Medium (Flexible)

Partial transfer of energy from wrist action. Flexible shaft stores energy at swing motion giving more repulsion of shuttlecock at impact from the racket. Good for defensive and control play style (clears, overheads, returning smashes, etc...)

Stiff (Limited Flexibility)

Reasonable transfer of energy from wrist action, good for both defensive and offensive play style

Extra Stiff (Minimum Flexibility)

Maximum transfer of energy from wrist action. Minimum shaft movement gives high accuracy on shuttlecock positioning. Ideal for offensive play style (smashing, net kill, etc...)

Some manufacturers show increasing stiffness by decreasing value. For example, SOTX and Tactic indicate stiff shaft as 8.0-8.5, and flexible shaft as 9.0-9.5.

Frame Shape

Conventional - Oval Head Shape (smaller sweet-spot)

Isometric - Square Head Shape (wider sweet-spot)

Frame Composition

Base Material

Aluminium

Hi-Modulus Graphite

Ultra Hi-Modulus Graphite

Nano Carbon / Fullerene

Mesh

Titanium Composite (Utility Titanium)

UltraTitanium

gForceTi

UltimumTi

MicroTi

ElasticTi

Shaft Composition

Base Material

Aluminium

Hi-Modulus Graphite

Ultra Hi-Modulus Graphite

Nano Carbon / Fullerene

Mesh

Titanium Composite (Utility Titanium)

UltraTitanium

UltimumTi

MicroTi

Racket Weight

2U/W2 - 90-94g

3U/W3 - 85-89g

4U/W4 - 80-84g

5U/W5 - 75-79g

Total Length (frame tip – handle end)

665mm / 26.0 inches - Standard

675mm / 26.5 inches - Long

680mm / 26.8 inches - Ultra Long

Grip Size

Grip Size is the Circumferencial Thickness of a Grip Handle
(with the original leather grip on)

Other Brand G2/S2 - 3.25 inches Yonex G2 - 4.00 inches

Other Brand G3/S3 - 3.50 inches Yonex G3 - 3.75 inches

Other Brand G4/S4 - 3.75 inches Yonex G4 - 3.50 inches

Other Brand G5/S5 - 4.00 inches Yonex G5 - 3.25 inches

String Tension Tolerance

Aluminium & Hi-Modulus Graphite Frames

Main 18-20lbs (8-9kg)

Cross 20-22lbs (9-10kg)

Ultra Hi-Modulus Graphite / Nano Carbon Frames

Main 18-26lbs (8-12kg)

Cross 20-28lbs (9-13kg)

Balance Point from Grip End

Head Heavy
295-305mm
Head Balance
290-300mm
Head Light
285-295mm


Chart ni sangat informative untuk mereka yang tak paham sepatah haram pasal kod-kod yang tertulis kat raket yang korang beli. Raket yang paling ringan yang pernah aku jumpa setakat ni 7U. Ringan gile, tapi kalau orang yang asal bola tanggung je nak rembat tak berapa sesuai la.

p/s: minggu ini kena balik kampung pulak. Abis la skill aku....jahanam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...