6.4.12

Bila April

Sepatutnya setiap april akan berlaku perkara yang aku tunggu tunggu. Bukan tunggu apa, cuma tunggu apa yang akan terjadi pada hidup aku untuk masa depannya. Dan biasanya menggembirakan.

Tapi april ini berbeza, jauh lebih berbeza dari yang sudah-sudah. Mendapat berita yang menggembirakan orang lain namun aku bersedih disebalik kegembiraan dia.

Satu kata-kata akhirku, CILAKA!

9.3.12

Kuku, pengetip kuku dan perkahwinan

Ustaz dan ustazah masa sekolah dulu selalu berpesan.hari jumaat sunat untuk kita memotong kuku. Pesanan tu melekat dan menjadi ikutan semua umat manusia yang mendengarnya. Dijadikan ikutan dan pesanan untuk anak anak jua. Dan jika kuku kita sudah panjang tapi hari itu jatuh hari rabu, kita akan cuba bertahan untuk sampai hari jumaat juga.

Tapi kali ini lain.memang kes lain. Memang sayang sangat nak potong kuku.dah tiga minggu. Tanda itu sudah terlalu kecil. Ini bahagian yang terakhir. Namun terpaksa dibuang juga. Dan kini selamat tinggal inai.tiada lagi inai dijari.

Namun tiada apa yang berubah. Kasih sayang tetap sama, malah makin bertambah.

P/s : cilaka jiwang. Harap tidak terlalu jiwang. Makan cacian pula nnt.

22.2.12

Ciri-ciri pasangan idaman wanita

Aku rasa semua antara kita ni akan cuba mencari pasangan yang terbaik bukan? Dan jangan lupa, orang lain juga akan berbuat yang sama juga. So kena ingat, bukan senang nak cari pasangan yang sesuai dengan kita. Tapi bila dah dapat, sila hargai pasangan anda. Ya, mudah kan? Mudah untuk ditulis tapi sukar jugak nak buat.

Setiap org ada ciri-ciri pasangan idaman masing-masing. Semua ada kehendak dan kemahuan. Tapi kalau anda memang follow 100% apa yang anda list, aku rasa sampai ke sudah korang tak akan jumpa orang yang kau cari tu. Atau kalau korang jumpa pon orang yang sama seperti ciri-ciri yang ko listkan, mungkin juga orang tu dah jadi milik orang mungkin dalam bentuk kekasih,tunang mahupon isteri/suami orang. Atau pon paling tidak pun, kau pulak tiada ciri-ciri seperti apa yang orang itu cari. Tak adilkah dunia ni? Susah bukan? Jadi, kalau anda dah ada pasangan sekarang. Sila bersyukur. Berapa ramai orang yang putus, sampai sekarang cukup susah mencari pengganti.

Untuk tidak memberi kesukaran, aku rumuskan secara general ciri-ciri pasangan idaman wanita. Ini secara umum, bergantung kepada individu juga ya.

1. Ada setidak-tidaknya sedikit unsur humor dalam diri. Iya lah, tak kan nak pasangan yang pemarah pulak. Pasangan yang tiada humor sense ni boleh membawa ke boring kalau dah tak tahan sangat.

2. Kalau pasangan tu dalam kesusahan atau ada kerja yang banyak, anda ringan tulang nak tolong atau just sekadar bertanya, "nak saya tolong?", "awak ok tak ni". Ia menggambarkan anda ambil berat. Tapi jangan la tanya saja tapi tak tolong. Itu boleh membawa kepada muka masam sepanjang hari atau lebih teruk leteran yang maha dahsyat.

3. Manjakan sedikit pasangan anda. Suap makan ke dia ke, picit kepala dia ke. Picit kepala je. Yang lain tu tak payah nak bayangkan sangat.

4. Tolong pasangan anda memasak!Ye memasak. Kadang-kadang anda sebenarnya lebih hebat dari mereka. Tak caya cuba. Tapi kalau tak pandai pon, cukup potong-potong bawang atau tolong kacau2 lauk yang dimasak. Bukan kah itu tindakan yang kewl?

5. Sila bahagi perhatian kepada pasangan lebih dari benda lain. Benda lain seperti blog, FB, twitter dan sebagainya. Yang ini paling susah nak buat.Tapi boleh cuba sedikit demi sedikit kan iye dak?

Cukup la setakat ini sahaja coretan aku, harap berjumpa lagi dilain waktu. Salam manis.


Yang benar,

H*DA Tajima
(bukan nama sebenar)

21.2.12

Fakta alam nyata

1. Dalam kehidupan bermasyarakat gua mahupon berkeluarga gua skrg ni tak pernah wujud dalam dunia yang diorang semua panggil gua AM. Tak pernah.

2. Pernah dipanggil INDRA sewaktu menjadi abg fasi yang garang kat kolej satu ketika dulu

3. Pernah hidup sebatang kara dan survive di KL selama setahun bersama motor yamaha SS convert TZM

4. Pernah mahu hidup sebagai mat rempit yang bekerja di pasaraya gergasi dan tak mahu smbg belajar. Nasib dapat hikmah saat saat akhir.Kalau tak jenuh nak kene jamin masuk lokap je.

5. Berbeza personaliti kalau di ofis,ketika online dan dirumah. Lebih mendiamkan diri kalau dirumah.ramai yang akan meraguinya

6. Digeruni budak-budak praktikal di tempat kerja gua. Lebih-lebih lagi sesi suai kenal dan mintak sign gua. Memang gigil la.

7. Juara 3 tahun berturut-turut acara 4x100, 4x400 SAHAJA.

8. Baru belajar belajar main twitter. Kadang kadang kecil hati sbb kena bahan selalu.

15.1.12

Black Pearl

Harini angin aku memang bertiup kencang. Agak agak dalam 25 knot ada laju dia. Bangun pagi pagi mood dah tercalar. Dah la FB tu dah jadi macam akbar kosmo je untuk aku. Bukak, then baca sikit sikit. Tengok notification kalau ada, then tutup. Tapi pagi ada sesuatu menarik perhatian aku. Aku nampak gambar sebuah kapal. Ya, kapal yang sibuk orang cerita dalam surat kabar sana sini dan juga blogger blogger berat. KD MUTIARA terbakar. Tajuk hampir sama kesemuanya.

Ya, kapal tu mmemang terbakar. Dah keluar paper takkan nak kata tak terbakar lak. Itu menipu namanya tahu. Pagi tadi aku emo dengan komen-komen kat gambar tu yang dok kata kapal ni terbakar dengan uberunsurkan politik. Kejadah apanya. Sedap-sedap mulut korang je nak buat teori konspirasi bengkak. Semua orang boleh speculate, tapi kot iya pon tak suka kerajaan tak payah la keluarkan teori-teori bodoh lagi dungu yang siap kata semua benda ni dah dirancang.DEMMIT!

Habis macam mana dengan orang NAVY,orang BOMBA dan pekerja-pekerja penyelamat yang bermati-matian nak padamkan api malam tu sehingga membawak ke pagi?Mereka ni kayu ke apa? Mereka ada hati juga. Mereka buat semua tu ikhlas dan sedaya upaya selamatkan kapal tu dari jadi lagi teruk. 8 ke 9 jam padamkan api tu tak lama ke?Ingat mereka main "rumah terbakar panggil bomba" ke?

Tolong la jangan nak politikkan semua benda. Fikir dan selidik dulu. Jangan jadikan fikiran korang tu terlalu negatif. Cuba belajar berfikir dengan positif agar segalanya dipermudahkan oleh-NYA.

Catatan penuh Emosi,
AMRAN

1.1.12

Pautan yang ditinggalkan

Tetiba gua nk mengalirkn air mata jantan gua. Terima kasih kerana sudi menjenguk blog buruk gua dahulu.dan disitulah titik permulaan persahabatan maya kita.dan kini kita telah sekepala. Cerita gua tak habis lagi, gua sgt terperanjat dan terharu dgn kehadiran lu dan tieykah ke majlis gua tempoh hari.gua berjanji dgn diri gua sendiri,gua akn dtg ke majlis kawin Lisa Surihani nanti.pergh, gua rasa dah mcm entri dah ni. So gua tinggal kan link diblog lu kerana tak manis bicara hati ke hati ini menempel di runangan komen lu. Maafkan segala kata-kata dan gurauan gua yang ada menyinggung perasaan lu. Gua tidak berniat apa-apa ketika menulis,sekadar bergurau.

Sekiranya ada lah sesiapa yang sudi menjengah blog usang ini, terima kasih dan maaf kerana entri kali ni bersifat peribadi. Azam tahun 2012 gua, akan lebih aktif berkarya disini untuk anda semua.cewah.

Catatan penuh emosi,
AMRAN KOREA a.k.a Hee Cham Yun (RAIN)

TERIMA KASIH MEMBACA

16.12.11

Barang baru



p/s : tapi gua rasa macam design blah penumpang tu yg kena tukar belah driver.LOL
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...