19.8.11

Mencari kenalan lama

Aku sedang mencari kenalan lama yang memang dah lama berpisah dan lost contact. Berikut adalah butirannya:

Nama : tak ingat
I/C : tak tahu
No. Surat beranak : tak tahu
Jantina : Perempuan
Umur : 26 tahun
Sekolah Rendah : SKPJ 1
Kelas : 2 Delima
Kedudukan di kelas : duduk sebelah HISAM HASHIM
Sekolah Menengah : tak tahu
Hobi : suka main rambut HISAM HASHIM masa cikgu mengajar
Pakaian : baju kurung, tapi free hair
Perwatakan : baik, lemah lembut, suara halus dan mendayu-dayu,senyuman menawan, comel dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ini atau mengenali mereka yang sama dengan ciri-ciri diatas, sila hubungi aku dengan segera. Aku nak hapuskan bayangan yang menghantui aku selama ini. Mukanya masih jelas kat ingatan aku. Tapi malang, aku tak reti melukis. Kalau kau orang ingat muka dia biasa-biasa aje, KAU SILAP! Hati aku berat mengatakan dia iras-iras Juliana Evans sekarang.

SEKIAN


11 Rungutan & Aduan:

Aleen Aiden berkata...

makwe tipu-tipu lu ke dulu?kah3

Amran Syah berkata...

makwe yang tak declare....wakaka

cik pha berkata...

hahah susah laa wei nk tolong cari pun haha sebb ciri2 y kau cakap tu macam susah jer haha

Auni Aizie. berkata...

bak no tepon haha

Liyana Zahim berkata...

Sbrnye sy lah org itu.. Walhal muke sy tdk pon sme juliana evans cume iras2 rosalinda ayamoooor~

Amran Syah berkata...

cik pha : susah ke....sbb tu smpi skrg tak jmp
auny aizie: no hp kt fb.huhu
liyana: lu ke org nya?satu soalan,lesung pipit itu objek yang berevolusi kah?kahkahkah

ieza ashaari berkata...

hahaha..

polis : encik, maklumat encik tak lengkap utk kami jalankan siasatan.

ko : saya tak peduli, saya yakin juliana evan yang saya cari !

polis : sila bawa dia ke lokap. dia tak siuman utk berlegar-legar di persekitaran.

hihihi.. gurau2 jer..

Unknown berkata...

tang jantina tu kau ingt lak. haha

Amran Syah berkata...

izfanora : hahaha....gua siuman la.mereng cket je.wakaka

ezan : lu ingt kalau lelaki gua nk cari ke?haha

tieykah berkata...

eh,macam description gua jer bro

Amran Syah berkata...

lu ada iras jue evan eh?tang mana tikah?haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...