29.6.11

Bila lagi kan??

Malam ni kalau korang tak tau apa even besar yang ada, korang memang tak true. Malam ni team bola kita akan lawan dengan Taiwan. Menurut catatan diatas kertas, Rang-king Taiwan berada dibawah berbanding team kita. Tapi aku nak bagi nasihat pada Dato' Go, hangpa semua kena main seperti biasa dan jangan overconfident dengan taiwan. Aku rasa player & Uncle Go pon sedar dan tahu hal ni.



Aku nk ucap Good Luck kat semua player kita. Kalau hangpa menang, kami bersyukur dan berterima kasih kepada hangpa semua. Tapi kalau hangpa kalah, tak pa...kami masih menyokong hangpa yang penting hangpa main betul-betul dan cantek. Tapi aku lebih prefer hangpa menang sebab main kat sini.


Pek,gua tak tau lu turun ke tak malam ni. Tapi kalau lu turun, gua harap lu Fit dan power malam ni. Lu antara tonggak yang penting selain Sapi, Idlan, dan lain-lain.


Tak nak cerita banyak, gua nk salin jersi dah ni. Nak ngadap Astro ARENA!

27.6.11

Bisikan maut memanggil

Gua ondeway pergi kerja hari ni. Masa kat simpang tiga gua berenti la. Berderet-deret kereta lalu lalang. Kalau tak reti berenti jugak, tu bukan minta penampar. Tu kira mintak patah rusuk jawabnya. Sedang tumpuan gua memang ke arah jalan raya 100 per 100, tiba-tiba gua seakan-akan dengan bisikan halus kat telinga kiri gua. Berderau jugak la darah gua. Apa hal pulak ni. Cepat-cepat gua toleh kiri.


Kaaakkkkk!!!~~~~~~~Gua sigong side mirror.


"Cilakak! Lu benda lain lu boleh gurau. Benda macam ni serious lu tau tak."


Gua terus pulas minyak blah tinggalkan member gua. Lemah semangat gua pagi ni. Gua ingat macam dah nak mati tadi.Sakaratulmaut. Gua belum kawin la!!!


26.6.11

Cara nak nampak cool wooooo

Bosan dengan hidup? Kengkawan sembang korang ni skema?tak ramai kawan? Sini aku ada sedikit tips nak share untuk korang.


1. Berani mencuba - try la fesyen-fesyen baru yang ada or yang tengah hot sekarang or masih diterima akal.Macam K-pop, hip-hop ke, gothic ke (tapi jgn melampau). Takde la bila kuar dengan kengkawan asyik pakai t-shirt plain je dengan jeans.


2. Jangan over - ini penting! bila nak try benda baru tu jangan la over bagai. Rilek-rilek aja dulu. Try satu dua benda dulu, match kan baju dengan seluar. Then try lak gaya rambut ke pastu. Kalau semua buat lump sum, kot-kot tak kena ke kan dah kes niaya. Cool pon dak dapat, maki yang berbakul-bakul dapat.


3. Perfume - kalau ada modal, beli la lebih dari satu perfume. Takla hari-hari asyik pakai perfume sama aja. Bukan kena yang mahal-mahal aja, yang ala-ala kadar pon ok.Janji ada la lain sikit sebab bau perfume ni memang akan berupaya ubah mood kita.







4. Peluh - Bukan tu maksud aku. Aku bukan nak cakap peluh tu buat korang nampak cool. Peluh tu maksudnya bersenam. Badan kita kena la fit beb. Bukan kena sampai berpek-pek,cukup la yg otot korang tu pejal terutama bahagian perut. Bila benda ni korang da dapat, setakat pasal dress-up tu korang dah win dah. Apa pon yang korang pakai akan nampak cantek dan cool wooo..


5. Air Liur - Rajin-rajin la tegur dan bersembang dengan orang walaupon orang tu baru korang kenal 2-3 minit je. Kehebatan PR korang dalam hal ini akan menyerlahkan ke'cool'lan korang dimata orang lain. Itu baru cite orang yang tak dikenali. Yang dah kenal lak apa tah lagi. Tak salah kalau sembang berejam-rejam dengan member berkaitan hobi,isu semasa tapi yang penting bukan time korang nk hantar paperwork, assignment dan apa-apa yang setara.


6. Make over - Ini golongan perempuan la. Try la buat make over yang biasanya ada kat kompleks-kompleks beli-belah sebab nak promote barang-barang diorang. Mana la tau korang jumpa Juliana Evans ke dalam diri korang. Cair hati abang-abang yang lalu lalang.

7. Elakkan KETIBA - apa ketiba?itu istilah potongan untuk ketiak basah / bau. So setiap kali bersiap-siap benda ini yang pertama kena ingat. Sila pakai deodorant aka odorono supaya tidak la kawan-kawan duduk sebatu atau pakai topeng jerebu.

Mungkin banyak lagi cara untuk buat korang nampak cool. Tapi semua yang aku sembang kat atas ni tidak akan menjadi kalau digayakan perangai yang tidak semenggah aka teruk. So, sila tukar perangai buruk dulu untuk nampak cool!

21.6.11

Cikgu Jamal

Entah kenapa masa tu alih-alih aku teringat cikgu Jamal. Ya...cikgu Jamal, cikgu matematik sekolah menengah aku dulu. Aku ingat cara dia mengajar aku dengan lawak-lawak edukasi nya. Terdetik hati aku dimana dia sekarang?Apa cerita sekarang?mengajar kat mana?


******************

2 bulan lepas tu,

Hari itu, aku jalan-jalan kat Jusco. Macam anak-anak muda yang lain, berjalan tanpa arah tujuan. Masa nak balik, betul-betul dipintu luar Jusco ada seorang lelaki berdiri teguh sambil menghisap rokok. Gayanya macam sedang tunggu bini yang belum habis-habis membeli belah. Sekilas pandang, ini cikgu Jamal.Ya.... hurmmm. nak tegur kang takot salah orang. malu lak nanti. tak tegur kang dikatakan sombong pulak. dia pandang aku, aku pandang dia. niat aku utk menegornye terbatal kerana ada orang yang sedang menunggu aku.


****************

2 minggu lepas tu,

Trutttttt......truttttttt.........sms dari kawan sekolah aku, Azmah.

- Cikgu Jamal telah kembali ke Rahmatullah. Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya-

DAMMMM.....kenapa aku tak tegur dia aritu???


p/s: kejadian yang hampir sama dengan Cik Ezan Idma.

17.6.11

Siapa Taiko Sekarang?

Keluar jel, orang pick-up. Sembahyang tahyat akhir lebih kurang.Balik rumah jap mang 5 sepuluh minit. Jalan-jalan, kereta geng meletop.

Panas hati.

Pukul tang sana, pukul tang sini. Rodok perut tang sana, terajang terbang tang sini. Tembak tang sana, mati tang sini. Pung pang pung pang. Last-last pailang-pailang semua mampos, kene tangkap masuk jel balik.

TAMAT...

Siapa lagi besar sekarang?POLIS jugak kan!!!

p/s : Abang Long Dil memang power.

7.6.11

Goncang Kelapa

Biasanya orang kata kalau benda-benda yang kita tak plan ni akan end-up dengan awesome. Kali ini aku setuju dengan kata-kata orang. Mula-mula setuju nak pergi tempat lain, jadi-jadi lencong ke arah lain. Takpa, kali ini aku puas. 2 bulan lepas Cik Yoyo ada sembang pasal benda ni. Katanya tengah musim & trendy sekarang ni. Aku sebagai orang tempatan di situ terasa tergugat sebab tak tau kewujudan benda tu. Tapi bila dia tanya je kat mana benda tu, aku buat macam tektik yang mak long aku ajar...buat Cool aje.

Gua rimas tgk org beratur pnjg2, gua singgah la jenguk


Seat mmg jgn tanya la,takde!


Ni la benda yang trendy skrg tu!

Aku yakin, benda ni boleh jadi benda wajib beli bila lepak-lepak kat Melaka selain A Famosa dan Duck Tour yang kawan-kawan aku naik tempoh hari (gua tak terlibat). Rasa dia.... preghhh... awesome!!! Aku rekomen semua try time panas-panas. Dan aku pun akan pegi lagi kalau balik kampung nanti (tunggu raya la jawabnya). Dua jari ibu ke atas!!!

Sila try untuk maklumat lanjut

p/s : Gua dah pesan dengan Ita, gua nk dua. Dia kata try dulu,takut tak leh pegi. Dengan dia punya dia punya gua belasah. Klebang Coconut Shake...terbaek...


1.6.11

Badminton

Kalau setakat bila ada tournament kat tempat kerja baru korang main badminton, itu tak true namanya. Player badminton sejati adalah orang yang main tiap-tiap minggu tanpa miss. baru skill permainan badminton boleh di asah dengan baik dan konsisten. Kurang-kurang kalau tak terror macam Lin Dan, dapat macam Chong Wei pon ok sangat dah.

Sebagai pemain badminton yang true, kita perlu tau peralatan yang kita pakai terutama raket. Benda ni akan jadi penting sekiranya tahap kemahiran kita semakin meningkat. Tapi kalau pukul bola pun 10 kali sepuk 8 kali tak kena, tak jadi apa juga. Raket ni ada macam jenis. Ada yang ringan,ada yang berat. Ada juga yang berat kat kepala dia, itu untuk sedap smash. Perghhh..ini yg best bagi mereka yang smashnya menjunam,bukan mendatar sampai keluar court. Tapi bukan tu je, ada macam-macam jenis lagi.

Ni aku nak share sikit info pasal raket yang aku yakin ramai yang tak berapa arif.

Specifications:

Options:

Stiffness of Shaft

Medium (Flexible)

Partial transfer of energy from wrist action. Flexible shaft stores energy at swing motion giving more repulsion of shuttlecock at impact from the racket. Good for defensive and control play style (clears, overheads, returning smashes, etc...)

Stiff (Limited Flexibility)

Reasonable transfer of energy from wrist action, good for both defensive and offensive play style

Extra Stiff (Minimum Flexibility)

Maximum transfer of energy from wrist action. Minimum shaft movement gives high accuracy on shuttlecock positioning. Ideal for offensive play style (smashing, net kill, etc...)

Some manufacturers show increasing stiffness by decreasing value. For example, SOTX and Tactic indicate stiff shaft as 8.0-8.5, and flexible shaft as 9.0-9.5.

Frame Shape

Conventional - Oval Head Shape (smaller sweet-spot)

Isometric - Square Head Shape (wider sweet-spot)

Frame Composition

Base Material

Aluminium

Hi-Modulus Graphite

Ultra Hi-Modulus Graphite

Nano Carbon / Fullerene

Mesh

Titanium Composite (Utility Titanium)

UltraTitanium

gForceTi

UltimumTi

MicroTi

ElasticTi

Shaft Composition

Base Material

Aluminium

Hi-Modulus Graphite

Ultra Hi-Modulus Graphite

Nano Carbon / Fullerene

Mesh

Titanium Composite (Utility Titanium)

UltraTitanium

UltimumTi

MicroTi

Racket Weight

2U/W2 - 90-94g

3U/W3 - 85-89g

4U/W4 - 80-84g

5U/W5 - 75-79g

Total Length (frame tip – handle end)

665mm / 26.0 inches - Standard

675mm / 26.5 inches - Long

680mm / 26.8 inches - Ultra Long

Grip Size

Grip Size is the Circumferencial Thickness of a Grip Handle
(with the original leather grip on)

Other Brand G2/S2 - 3.25 inches Yonex G2 - 4.00 inches

Other Brand G3/S3 - 3.50 inches Yonex G3 - 3.75 inches

Other Brand G4/S4 - 3.75 inches Yonex G4 - 3.50 inches

Other Brand G5/S5 - 4.00 inches Yonex G5 - 3.25 inches

String Tension Tolerance

Aluminium & Hi-Modulus Graphite Frames

Main 18-20lbs (8-9kg)

Cross 20-22lbs (9-10kg)

Ultra Hi-Modulus Graphite / Nano Carbon Frames

Main 18-26lbs (8-12kg)

Cross 20-28lbs (9-13kg)

Balance Point from Grip End

Head Heavy
295-305mm
Head Balance
290-300mm
Head Light
285-295mm


Chart ni sangat informative untuk mereka yang tak paham sepatah haram pasal kod-kod yang tertulis kat raket yang korang beli. Raket yang paling ringan yang pernah aku jumpa setakat ni 7U. Ringan gile, tapi kalau orang yang asal bola tanggung je nak rembat tak berapa sesuai la.

p/s: minggu ini kena balik kampung pulak. Abis la skill aku....jahanam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...