22.2.12

Ciri-ciri pasangan idaman wanita

Aku rasa semua antara kita ni akan cuba mencari pasangan yang terbaik bukan? Dan jangan lupa, orang lain juga akan berbuat yang sama juga. So kena ingat, bukan senang nak cari pasangan yang sesuai dengan kita. Tapi bila dah dapat, sila hargai pasangan anda. Ya, mudah kan? Mudah untuk ditulis tapi sukar jugak nak buat.

Setiap org ada ciri-ciri pasangan idaman masing-masing. Semua ada kehendak dan kemahuan. Tapi kalau anda memang follow 100% apa yang anda list, aku rasa sampai ke sudah korang tak akan jumpa orang yang kau cari tu. Atau kalau korang jumpa pon orang yang sama seperti ciri-ciri yang ko listkan, mungkin juga orang tu dah jadi milik orang mungkin dalam bentuk kekasih,tunang mahupon isteri/suami orang. Atau pon paling tidak pun, kau pulak tiada ciri-ciri seperti apa yang orang itu cari. Tak adilkah dunia ni? Susah bukan? Jadi, kalau anda dah ada pasangan sekarang. Sila bersyukur. Berapa ramai orang yang putus, sampai sekarang cukup susah mencari pengganti.

Untuk tidak memberi kesukaran, aku rumuskan secara general ciri-ciri pasangan idaman wanita. Ini secara umum, bergantung kepada individu juga ya.

1. Ada setidak-tidaknya sedikit unsur humor dalam diri. Iya lah, tak kan nak pasangan yang pemarah pulak. Pasangan yang tiada humor sense ni boleh membawa ke boring kalau dah tak tahan sangat.

2. Kalau pasangan tu dalam kesusahan atau ada kerja yang banyak, anda ringan tulang nak tolong atau just sekadar bertanya, "nak saya tolong?", "awak ok tak ni". Ia menggambarkan anda ambil berat. Tapi jangan la tanya saja tapi tak tolong. Itu boleh membawa kepada muka masam sepanjang hari atau lebih teruk leteran yang maha dahsyat.

3. Manjakan sedikit pasangan anda. Suap makan ke dia ke, picit kepala dia ke. Picit kepala je. Yang lain tu tak payah nak bayangkan sangat.

4. Tolong pasangan anda memasak!Ye memasak. Kadang-kadang anda sebenarnya lebih hebat dari mereka. Tak caya cuba. Tapi kalau tak pandai pon, cukup potong-potong bawang atau tolong kacau2 lauk yang dimasak. Bukan kah itu tindakan yang kewl?

5. Sila bahagi perhatian kepada pasangan lebih dari benda lain. Benda lain seperti blog, FB, twitter dan sebagainya. Yang ini paling susah nak buat.Tapi boleh cuba sedikit demi sedikit kan iye dak?

Cukup la setakat ini sahaja coretan aku, harap berjumpa lagi dilain waktu. Salam manis.


Yang benar,

H*DA Tajima
(bukan nama sebenar)

8 Rungutan & Aduan:

nin elyana berkata...

kalau yg belum berkahwin macam mana nak bahagi kan perhatian kepada pasangan?atau ada tips utk cari pasangan yang kewl.

yang ikhlas bertanya,

izara fazren.

Tanpa Nama berkata...

AWK MMG TERBAIK KERANA ADA SEMUA..TETAPI UTK NO.5 SILA CUBE SEBANYAK2 NYE YE :p

aleen aiden berkata...

amboi pengerui sekarang.. amboi amboi amboi...kah3

EZAN IDMA berkata...

gua syak tanpa nama tu kak huda. kakakkaka. kak huda dh bg amrn tu lu slalu main twt hakhak. peh gua baca ni mcm baca majalh remaja lu tau. hekhek. baiklah gua tak memilih la pasni.

EZAN IDMA berkata...

peh kak huda kabo lu ada smua. ai manja la lu ni dgn kak huda kirenye. ahks!

EZAN IDMA berkata...

hye kak huda. amran syah ni mmg degey

Amran Syah berkata...

nin fazren : mncari pasangan cool kn tggu entri lain k.
Tanpa nama : Blh tau sape awk?;P
Ezan idma : -majalah remaja ke mjlh perempuan?haha

Cahaya Qaseh berkata...

ciri2 wanita idaman ye?? ^__~

H*DA tajima ekk?? ade admin barukah? hikhikhikkk...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...