15.1.12

Black Pearl

Harini angin aku memang bertiup kencang. Agak agak dalam 25 knot ada laju dia. Bangun pagi pagi mood dah tercalar. Dah la FB tu dah jadi macam akbar kosmo je untuk aku. Bukak, then baca sikit sikit. Tengok notification kalau ada, then tutup. Tapi pagi ada sesuatu menarik perhatian aku. Aku nampak gambar sebuah kapal. Ya, kapal yang sibuk orang cerita dalam surat kabar sana sini dan juga blogger blogger berat. KD MUTIARA terbakar. Tajuk hampir sama kesemuanya.

Ya, kapal tu mmemang terbakar. Dah keluar paper takkan nak kata tak terbakar lak. Itu menipu namanya tahu. Pagi tadi aku emo dengan komen-komen kat gambar tu yang dok kata kapal ni terbakar dengan uberunsurkan politik. Kejadah apanya. Sedap-sedap mulut korang je nak buat teori konspirasi bengkak. Semua orang boleh speculate, tapi kot iya pon tak suka kerajaan tak payah la keluarkan teori-teori bodoh lagi dungu yang siap kata semua benda ni dah dirancang.DEMMIT!

Habis macam mana dengan orang NAVY,orang BOMBA dan pekerja-pekerja penyelamat yang bermati-matian nak padamkan api malam tu sehingga membawak ke pagi?Mereka ni kayu ke apa? Mereka ada hati juga. Mereka buat semua tu ikhlas dan sedaya upaya selamatkan kapal tu dari jadi lagi teruk. 8 ke 9 jam padamkan api tu tak lama ke?Ingat mereka main "rumah terbakar panggil bomba" ke?

Tolong la jangan nak politikkan semua benda. Fikir dan selidik dulu. Jangan jadikan fikiran korang tu terlalu negatif. Cuba belajar berfikir dengan positif agar segalanya dipermudahkan oleh-NYA.

Catatan penuh Emosi,
AMRAN

3 Rungutan & Aduan:

Liyana Zahim berkata...

Sume bnda adela politik babah!!!

EZAN IDMA berkata...

haih babah berckp scara serius. ehem!

EZAN IDMA berkata...

haih babah berckp scara serius. ehem!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...