16.12.11

Barang baru



p/s : tapi gua rasa macam design blah penumpang tu yg kena tukar belah driver.LOL

12.12.11

Berair

Sejak kebelakangan ini aku selalu berair. Ya, berair. Maksud aku hidung aku berair, selsema. Dah lama juga tak makan ubat selsema yang sebutir berharga RM 2.00 itu. Mahal benar. Maklumlah sekarang ni musim berair, hujan maksudnya. Memang sejuk. Nasib baik belah selatan tempat aku duduk tak di landa banjir.

Sila tengok adik-adik tu musim banjir ni. Jangan nak lepa je biar dia orang main hujan bagai. Bahaya tahu. Kot-kot hanyut ke,lemas ke, ada ular air ke, terpijak paku je. Lagi satu, pakai la sliper ke kasut ke kalau lalu dalam lecah/lopak air. Lindung kaki tu. Kaki tu bukan kah penting bagi seorang lelaki. Pesanan keselamatan tak berbayar dari aku, reti?

Ehsan google

11.12.11

Loser

Apa benda yang akan buat kau orang semua rasa down?Kena marah dengan bos?Bini tak masak nasik time kau orang balik keje?Gaji lambat masuk ujung bulan?Exam minggu depan sedangkan family kau orang pergi bercuti ke Cameron Highland ke, Perhentian ke?Gigi geraham bongsu tumbuh dan bengkak dah 4 hari? Hah, KAU SILAP.

Tu semua tak cukup down lagi. "Dah apa yang paling down?Kau jangan macam-macam Amran." Keluh Julia tidak bersetuju dengan Amran. Kahkah. Macam penulis novel tak? Bukan pasal Amran yang aku nak cerita. Apa yang paling down? Hah, tak lain tak bukan kena block kat FB. Kalau setakat unfriend/remove ok lagi, tapi kalau dah sampai block tu fikir sendiri la.

Kepada anda yang nak clean kan friend list kau orang dalam FB tu, remove sudah. Tak payah la sampai block, orang tu paham kot.

p/s : Kisah benar kawan kepada Amran. Di ulang, kawan kepada Amran.

Terima kasih kerana membaca.

8.12.11

Permata untuk isteri



Ingat aku nak nyanyi lagu koperatasa? Kau Silap la. Ingat aku nak buat puisi syair bagai? Makan tahun la. Ingat aku nak beli cincin diamond? Lambat lagi. Aku tak kaya, aku tak de la berupa mana pun. Tapi aku ada kasih sayang, yang aku nak beri dan kongsi bersama kau. Terima kasih melengkapkan diri aku yang serba kekurangan.

Terima kasih tak terhingga aku ucapkan kat minah ni dan minah ni kerana sudi hadir tempoh hari. Aku sangat terharu yang tidak mengalirkan airmata. Kain itu sangat disukai oleh aku dan dia. Seorang sahabat aku hilang, tapi aku dapat ganti 2 sahabat baru. Terima kasih.

Yang Ikhlas,
Amran (bukan nama sebenar)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...