29.8.11

Kalau la aku....

kalau la aku kaya.... aku buat majlis berbuka puasa besar-besaran dengan anak yatim
Kalau la aku kaya.... aku buat surau baru untuk orang kampung
kalau la aku kaya..... aku bagi duit raya sorang seratus kat semua sedara-sedara
kalau la aku kaya..... aku beli mercun merdeka banyak-banyak bagi budak-budak main puas-puas
kalau la aku kaya..... aku beli baju raya kat makcik-makcik sorang sepasang
kalau la aku kaya..... aku dah angkat MPV baru raya ni...
kalau la aku kaya..... apa lagi eh.....

Itu kalau aku kaya la, masalahnya sekarang aku lum kaya.
Korang doakan aku kaya la, So sekarang aku ucap SELAMAT HARI RAYA jela ya.......

amacam pantun 2 kerat gua?kahkahkah.

Salam Perantau ikhlas dari kejauhan, Kampung Portugis.

26.8.11

Ternyata artis Malaysia ramai yang sombong

Nak dipendekkan cerita, gua malam tadi lepak kat shopping komplek sambil ponteng terawih berjemaah. Sambil gua ushar-ushar baju beserta awek-awek, gua terserempak dengan siapa lu tau? Dengan Amy Search beb! Gua ni da la true fan Amy dan Rabbani. Nyata amy sebenarnya dah tua dah berdasarkan rambut putih kat kepala dia. Gua pon teriak la panggil dia,

"Amy, lu mmg rock la beb!"

Amy terus blah menonong sebelah mata pon tak pandang gua. Gua terkilan. Walaupon gua cakap dalam hati tapi at least dia senyum pon da kira ok la ape..... artis malaysia kena belajar hargai peminat. Apa pon, gua caya sama amy sebab jalan sorang-sorang tak bawak pelindung badan (body guard).PeeeeWiiiTTT..

24.8.11

Jangan salahkan anak yang nakal

Budak sekarang memang lain macam sikit. Tak macam zaman kita muda-muda dulu. Diorang ni kira dah advance la. Tapi kadang-kadang ada yang melampau sangat. Tak dengar cakap mak bapak. So salah sape semua tu?Salah salah diorang? Kau silap!!!


Apa yang korang espek kat budak-budak terejal tu nak dengan cakap mak bapak diorang kalau hari-hari tengok tarzan separuh bogel dalam hutan, cinderella balik rumah pukul 12 tengah malam, pinokio asik menipu setiap masa, Aladin jadi ketua perompak, batman bawak kete 200km/j, Sleeping beauty asik tdo je 24jam, Superman pakai suar dalam kat luar, dan Snow White tinggal serumah dengan 7 orang lelaki pendek!


Salah sapa semua tu? So kita tak perlu teperanjat dengan perangai anak muda sekarang ni.ok!


credit to ZamZarina

23.8.11

Pilihan isteri di tangan anda

Nak pandai = cari isteri cikgu

Nak sihat = cari isteri doktor

Nak kaya = cari isteri anak tan sri

Nak glamor = cari isteri artis

Nak gaduh = cari isteri samseng

Nak sembang = cari isteri penceramah

Nak alim = cari isteri ustazah

Nak gemuk = cari isteri chef

Nak stylo = cari isteri kaki shopping

Nak MAMPOS = cari isteri muda yang satu opis dengan isteri tua.


SEKIAN

19.8.11

Mencari kenalan lama

Aku sedang mencari kenalan lama yang memang dah lama berpisah dan lost contact. Berikut adalah butirannya:

Nama : tak ingat
I/C : tak tahu
No. Surat beranak : tak tahu
Jantina : Perempuan
Umur : 26 tahun
Sekolah Rendah : SKPJ 1
Kelas : 2 Delima
Kedudukan di kelas : duduk sebelah HISAM HASHIM
Sekolah Menengah : tak tahu
Hobi : suka main rambut HISAM HASHIM masa cikgu mengajar
Pakaian : baju kurung, tapi free hair
Perwatakan : baik, lemah lembut, suara halus dan mendayu-dayu,senyuman menawan, comel dan sebagainya.

Sekiranya anda mempunyai ciri-ciri ini atau mengenali mereka yang sama dengan ciri-ciri diatas, sila hubungi aku dengan segera. Aku nak hapuskan bayangan yang menghantui aku selama ini. Mukanya masih jelas kat ingatan aku. Tapi malang, aku tak reti melukis. Kalau kau orang ingat muka dia biasa-biasa aje, KAU SILAP! Hati aku berat mengatakan dia iras-iras Juliana Evans sekarang.

SEKIAN


12.8.11

Tazkirah Ramadan Hari Jumaat

kalau kita susah, ada orang lagi susah. Syukur la kalau kita dilahirkan sempurna.


11.8.11

Rezeki yang diberi oleh ALLAH

Soalan: apakah hukum orang yang berpuasa yang makan dengan terlupa kemudian teringat kembali yang dia berpuasa ?
Jawapan: sah puasanya kerana itu adalah rezeki daripada allah. Sabda rasulullah bermaksud: “sesiapa yang makan atau minum dengan keadaan terlupa, maka jangan berbuka puasa maka sesungguhnya itu adalah rezeki yang diberi oleh allah kepadanya."

Alhamdulillah...rezeki ALLAH...tahu dop?

Nak tahu banyak lagi soal jawab tentang puasa...sila klik di sini.

TERIMA KASIH EN SYAZWAN

sekian

7.8.11

Cara mudah untuk mencari jodoh



Amacam kamu semua. Ada berani? Try la tengok boleh pegi tak boleh pegi. Test market la org kata. LOL

3.8.11

*Rabu tanpa kataku*



2.8.11

Dek kerana naget seketul

Pagi itu, aku datang kerja tidak seperti biasa. Maksud aku, lebih awal dari biasa. Sebagai seorang pekerja yang perlu menjadi contoh kepada rakan-rakan yang lain,aku gagahkan diri datang awal (padahal semalam dah kena sound dengan gua punya projek manager datang lambat briefing. damm!)

Selepas selesai short meeting pagi, aku bergeges kemeja penyelia aku yang aku rasa paling cooolll yang pernah gua jumpa. Biar aku namakan dia sebagai Abg F. Setelah kurang lebih berbincang dengan serius perihal kerja yang tak akan pernah habis, dia dengan baik hati membuka tapaware bekalan isterinya. lalu menghulur kepada aku untuk dijamah. "Wah, naget tempura.febret gua tu". Dengus aku didalam hati. Tanpa berfikir panjang, aku terus capai memandangkan kalau aku tak capai sekarang akan habis jua dibelasah rakan-rakan yang lain. Perlahan-lahan ku kunyah secebis demi secebis. "Sedap pulak,moh rembat seketul lagi pon cantek ni". Namun kali ini aku tidak ikutkan kata hati ku lagi. Lantas terus duduk ditempatku menghabiskan cebisan-cebisan naget yang terselit dicelahan gigi ku. Tiba-tiba aku tersentak dari lamunan.....




CILAKAK, gua kan puasa sunat hari ni!!!


Aku membiarkan terus hari ku itu berlalu dengan niat berpuasa sunat. Harap diterima oleh-NYA ....Amin.


SEKIAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...