25.7.11

Manusia paling pemurah

Dalam dunia yang serba moden dan futuristik sekarang ni aku rasa mmg susah nak jumpa orang yang baik hati dan pemurah. Ramai orang sekarang yang dah tak ada nilai tu lagi. Semua mementingkan duit,kedekut,haji bakhil, dan seperti dengannya. Derma time bila kau orang tau?time bulan ramadhan,raya bila ada Melodi, FuHHH, dan NTV 7 buat coverage dan ada replika cek besar-besar gajah tu.Ikhlas tu dah jadi nombor 2 dah.


Dasar hipokirit dan hipothalamus.


Satu hari, datang En yusoff ke Office aku, cari seseorang katanya. Dah tu, kebetulan aku ada berpura-pura busy didepan PC. Dengan penuh serius dia menyapa.


"Datang bilik aku, amik duit RM 10 nnt"


Aku pelik, "Apahal lak?"

"Buat potong rambut ko tu,kesian aku tengok."


Damn. Ini trend anak muda sekarang ok. Aku K-POP ok!!




p/s :Tapi di lingkungan kehidupan aku ni, masih ada yang sudi menghulurkan bantuan

22.7.11

Tempat baru

Alat tradisional untuk memerah santan

Minggu ini dan minggu lepas adalah kucar-kacir bagi aku. Mana tidaknya, aku bertungkus-lumus buat persiapan untuk tempat kerja baru aku. Maksud aku, projek baru. Tempat kerja lama still lagi. Persiapan 'First Cut'. Apasal gambar TAPIS? Projek baru aku bukan tapis kelapa mahupon teh ok. Ini projek gempak punya. Tapi nama dia memang buruk sikit....TAPIS. Jangan nak kerut-kerut dahi. Apsal TAPIS, bukan senduk ke,garpu ke,sudip ke, mangkuk tingkat ke, lesung batu ke.......korang jangan tanya aku. Aku tak ada jawapannya. Yang pasti ini projek negara,untuk kelestarian sumber bahan api negara kita...Malaysia.Fuuuuuuu.....lestari tau. reti?



Gambar hiasan, mereka tiada sangkut paut dengan projek aku

16.7.11

Kawe Blogger baru belajar Negeri JOHOR

pihak penganjur...




Gua Hisam Hashim (nama agak berirama bukan?)


Gua penduduk tetap JB


Tempat makan yang best kat sini banyak. Senibong, Rahmat Kg Pasir Puteh, Chiken Chop ROO Cafe.....


Gua ex student UPM, KMR dan Kolej 17.


Gua rajin belek2 blog budak ni dan budak ni jugak. mereka coollllll.....dan comel jugak.hakhak..


Jangan percaya sangat SUPERHERO

Dah memang lumrah alam. Makhluk memang tak sempurna. Kuat mana pun kau, mesti ada sesuatu yang buat kau lemah. Kalau tak ada gak, mungkin belum jumpa lagi. Superhero sendiri pon tak sempurna. Ada kelemahan masing-masing.



1) Superman






kryptonite








2) Wolverin






Magnet








3) Cicakman






getah








4) HISAM HASHIM






pain killer....




Akibat & hasilnya.... klik di sini untuk maklumat lanjut. damn!





SEKIAN....

13.7.11

Erti "BERSIH" bagi aku dan kawan-kawan

Kami tak pakai baju kuning. Kami pakai baju oren. Kami hanya menurut perintah pihak atasan. Ya.....kami diberi ganjaran. Sekotak air,sebotol mineral dan beberapa jenis kuih. Kami lakukan semua ini untuk kebaikan semua. Kami bukan nak mintak apa-apa. Kami cuma nak "BERSIH"kan apa yang "KOTOR" selama ini. Kami tak nak hidup kami dibelenggu oleh ke"KOTOR"an angkara orang terdahulu. 2jam kami berhimpun bersama-sama menjayakan misi kami. Dan kami dapat tuntut apa yang kami mahu.


Harap pihak yang membiayai kami berpuas hati dengan PERHIMPUNAN dan tindakan kami hari ini.


p/s : muka mintak pelempang.jangan cuba dikedai makan. Gua BERSIH, Gua OK!

9.7.11

Lelaki macho yang FAIL

Gua memang macho.Gua memang tough. Gua ahli sukan. Macam-macam sukan gua main. Itu fakta. Tapi tak kan hanya sebab gua tengok ANNISSA satu episod je, tu pon sebab mak gua bising-bising gua ubah channel tv lu orang nak ckp gua tak macho.


Gua nak tegaskan dalam hal ni gua tak bersalah walaupon gua rasa layan jugak tengok cerita suami tipu isteri dan kawen satu lagi tapi dengan sahabat baik bini dia sendiri. CHOIIIIII....

5.7.11

Definisi Wanita Muslimah Yang Seksi

Ya.... aku tau aku dah kalah sebab tidur awal mlm tadi. Fine. Tapi untuk tidak menghampakan wanita-wanita diluar sana, aku reveal la jugak rahsia-rahsia yang tak ada langsung dalam buku PERMATA YANG HILANG. Ezan Idma, harap jawapan ini menepati soalan kamu.

Ni dia. Perempuan akan kelihatan seksi tanpa memdedahkan auratnya jika, dan tidak terhad kepada :

1. Suara yang lembut dan rendah tone nya. (bukan dibuat2, paham? Itu mintak pelempang namanya)
2. Berjogging kat taman bunga depan umah aku petang-petang. Kalau setakat jalan-jalan dengan geng ramai2 gelak-gelak,maaf anda tak cool ok!
3. Gaya tudung yang atas-kepada-tarikh. Shawl yang jurai-jurai tu memang perghhh. Sila dapat kan di toko-toko pilihan. (gua promote kedai lu ni Ezan?)
4. Lirikan mata. Yang ini, gua berminat kepada mereka yang pakai celak yang tidak terlaluan. Jelingan itu akan buat gua tanpa sedar berada 3 inci dari tanah.
5. Anda juga kelihatan seksi sekiranya anda ahli dalam sukan.tak kira apa la, badminton (jarang la jumpa yang boleh smash), SPRINTER...ke(membe tutup aurat tapi champion 100 meter ok)
6. Extra marks untuk mereka yang berlesung pipit......FUUUUUUUUUUUU......sangat seksi.

Gambar hiasan saja, bukan awek gua.

So anda ada yang nombor berapa?


Peribahasa

Kenduri. Ya...kenduri. Terlalu signifikan dengan makan. Ada kenduri,ada makan dan perut kenyang. Kombinasi kombo yang menarik. Asal ada kenduri,mesti ada aku. Itu juga signifikan. Aku sanggup berlapar dahulu dan bersenang dan makan kemudian kalau hari ni ada kenduri. Bila sampai acara kemuncaknya, aku meletakkan perasaan segan aku ke tepi tangga dan terus menjamah makanan yang dihidang (jamah ke?).


Kadang-kala, aku agak sedikit terlambat bangun untuk mengambil makanan. Maklumlah, hormat orang yang lebih tua. Kena respect, paham? Kalau tak jamah, berkecil hati pulak tuan rumah nanti. Tapi bila dah lambat aku mula upacara, comfirm la abis pun lambat kan?itu rumus matematiknya. Semua orang dah abis makan. Tinggal aku sorang rasanya yang masih terkulat-kulat habiskan makanan.Tiba-tiba satu suara garau aku tak pasti entah dari mana datangnya, aku tak pasti :

"Dah la tu. HUJAN pun tahu berenti la"

Tak sampai habis lagi ayat tu, aku dah abis basuh tangan.


4.7.11

Ceritera Padang Pasir

Cerita ini diriwayat kan oleh Pak Tam Aku. Kisah ini aku rasa ramai orang pernah dengar.

******

Kisah sebuah keluarga, seorang anak kecil,seorang ayah yang sudah tua dan seekor keldai yang keding. Mereka hidup mengembara (gua tau la..nomad namanya kan). Mereka bergerak dari satu kampung ke satu desa, berniaga katanya (Jangan tanya aku dia meniaga apa). Oleh kerana mereka ada keldai, ayahnya menyuruh anaknya yang kecil (anggaran dalam darjah satu la) untuk menaiki keldai tu.

Setelah jauh berjalan,tiba la kat kampung pertama. Mereka lalu disebuah pasar dan terdengar orang berkata :

"Apalah punya anak! tak kesian ke kat ayah dia tu berjalan.Dah la tua bongkok pulak tu. Sepatutnya bagi la ayah dia yang tunggang keldai tu"

******

Setelah puas dikampung pertama, mereka teruskan perjalanan lagi. Tapi kali ini anak dia bagi ayah dia pulak naik keldai tu. Dan sampai lak mereka kat kampung kedua. Kebetulan mereka lalu disebuah kedai makan yang ramai orang. Mereka pun terdengar orang berbisik-bisik :

"Tak guna punya ayah, kenapalah biar anak kecil tu berjalan. Dia senang lenang duduk atas keldai"

******

Habis berniaga kat kampung tu, mereka berjalan lagi. Kali ni lain pulak, lepas dengar komen-komen dari penduduk 2 kampung tu. Sekarang kedua-duanya naik keldai mereka. Agak-agak dalam 10km berjalan, sampai kat kampung seterusnya. Mereka nak pergi ke pasar, lalu pulak kat sekumpulan mak cik yang sedang berborak. Kali ini lain pulak yang mereka dengar :

"Apa lah anak beranak ni. Kesian keldai tu. dah la kurus, bawak dua orang pulak. Gigil-gigil aku tengok keldai tu"

******

Mereka berjalan lagi, dan kali ini tindakan mereka yang paling terbaik lepas komen-komen orang sebelum ini. Kedua-duanya tak menaiki keldai tu, tapi berjalan. Tiba dikampung terakhir, mereka kecewa juga sebab dengar pulak orang cakap :

"Bodoh punya orang!Ada keldai tak naik, berjalan pulak"

******

Kesimpulan :
-Tak dapat puaskan hati semua orang.
-Orang taka akan berhenti berkata.
-Pandangan orang kena terima gak,tapi kena tapis la.
-ADA LAGI?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...